Thursday December 7, 2017
6:17 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

7 DISEMBER ― Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J Trump untuk memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem (Baitulmaqdis) dan justeru memberi pengiktirafan kepada Jerusalem sebagai ibu kota Israel merupakan suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. 

Langkah tersebut bukan sahaja bersifat unilateral (satu pihak) dalam proses keamanan di Timur Tengah, sekaligus mengancam proses tersebut, malah berpotensi memberi alasan kepada kumpulan pelampau untuk mencetuskan keganasan global yang mampu merebak sehingga ke rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia. 

Sebarang keputusan berkaitan konflik Israel-Palestin perlu dibuat secara cermat melalui konsultasi masyarakat antarabangsa dan bukan melalui tindakan unilateral seperti yang dilakukan oleh Presiden Trump. 

Walaupun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan menyeru AS mempertimbangkan semula keputusan Presiden Trump, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam diri terhadap isu ini. 

Beliau sendiri perlu mengemukakan bantahan keras Malaysia terhadap tindakan tidak bertanggungjawab tersebut terus kepada Presiden Trump yang diuar-uarkan sebagai rakan baik beliau. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus bersuara dihadapan Presiden Trump sebagaimana yang pernah dilakukan untuk masyarakat Rohingya dahulu.

Perkara ini tidak patut dipandang ringan oleh kerajaan Malaysia dan retorik semata-mata tidak memadai. 

Jika isu ini dibiarkan untuk berlanjutan dan krisis di Timur Tengah bertambah buruk, Malaysia berpotensi menjadi medan aktiviti keganasan. 

* Steven Sim Chee Keong adalah ahli parlimen Bukit Mertajam

** Tulisan ini pendapat peribadi atau organisasi tersebut dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Malay Mail Online.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline