Thursday July 13, 2017
5:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

13 JULAI ― Saya menyambut baik pemasangan 16 kamera robotik yang dipasang di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara bagi tujuan meningkatkan sistem penyiaran persidangan yang bakal berlangsung.

Ini merupakan satu perkembangan industri robotik dalam bidang penyiaran yang digunakan oleh negara tidak tertumpu hanya pada pembuatan kereta dan elektronik sahaja.

Berapakah jumlah keseluruhan kos bagi pembelian, pemasangan dan penyelenggaraan kamera robotik tersebut dan kepada syarikat manakah projek ini diserahkan?

Penggunaan teknologi terkini ini sememangnya akan meningkatkan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundangan tertinggi dalam negara, ini cukup baik bagi negara.

Jika penyiaran di Parlimen sudah ditambah baik, saya berharap sesi Parlimen akan datang juga akan bertambah baik daripada segi pengisiannya tetapi tidak memberi erti sekiranya ahli parlimen secara berterusan dinafikan haknya.

Saya berharap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pada kali ini lebih serius untuk membincangkan isu negara dan berkepentingan umum.

Sudah terlalu banyak usul bahas yang penting telah ditolak oleh kerajaan sebelum ini.

Saya berpandangan tindakan menolak soalan-soalan yang menjadi tumpuan rakyat seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tindakaan menghina Dewan Rakyat.

Sekiranya speaker secara berterusan menolak usul-usul penting rakyat yang dibawa oleh pembangkang, ini menunjukkan speaker dilihat tidak berlaku adil dalam aturan mesyuarat sebagai contoh di sesi yang lepas, penutupan mesyuarat di sesi pembentangan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) benar-benar menyakitkan hati.

Parlimen Malaysia perlu direformasi supaya institusi itu benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa eksekutif dan kehakiman demi pengukuhan demokrasi di negara ini.

* Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, ahli parlimen Lumut, seorang naib pengerusi PKR Perak.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline