Tuesday December 26, 2017
1:02 PM GMT+8

Lagi berita

Sotong berisi telur (depan) dan ayam sedang dibakar di Kafe Pak Mud di Kampung Belau, tepi Jalan Merbok-Yan, Kedah. — Foto-foto ihsan Facebook/Cafe Pak MudSotong berisi telur (depan) dan ayam sedang dibakar di Kafe Pak Mud di Kampung Belau, tepi Jalan Merbok-Yan, Kedah. — Foto-foto ihsan Facebook/Cafe Pak MudSUNGAI PETANI, 26 Dis — Sotong dengan telur yang dibakar, dipanggil sotong “tembun”, mendapat sambutan menggalakkan di sebuah restoran di sini.

Dijual RM6 hingga RM8 seekor, kira-kira 100 ekor disajikan setiap hari di Kafe Pak Mud atas permintaan pelanggan, lapor Utusan Online.

“Hanya sotong yang mempunyai telur sahaja akan dipilih untuk dibakar kerana rasanya lebih sedap,” kata pemiliknya Norma Izura Mahmud, 33.

Sotong berisi telur, yang sudah dibakar, kemudian dipotong siap untuk dinikmati pelanggan.Sotong berisi telur, yang sudah dibakar, kemudian dipotong siap untuk dinikmati pelanggan.Lebih menarik, sotong bakar unik itu dihidangkan dengan sos resipi tradisi ibunya Norbadriah Che Pi, katanya lagi.

Dipercayai satu-satunya restoran yang menjual “sotong tembun”, Kafe Pak Mud terletak di Kampung Belau, tepi Jalan Merbok-Yan dekat sini.

Menurut maklumat di Facebook restoran itu, ia dibuka lima hari seminggu, antara Ahad hingga Khamis, mulai 7 pagi hingga 3.30 petang.

Kafe Pak Mud menyediakan ikan bakar daripada jenis-jenis jenahak, tilapia, siakap, pari, cencaru dan keli sawah.

Selain ketam dan udang, Kafe Pak Mud juga menyediakan ayam bakar. Ia juga membakar ikan jenahak, tilapia, siakap, pari dan keli sawah.Selain ketam dan udang, Kafe Pak Mud juga menyediakan ayam bakar. Ia juga membakar ikan jenahak, tilapia, siakap, pari dan keli sawah.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline