Friday December 29, 2017
1:19 PM GMT+8

Lagi berita

Trak makanan Mat Rock, yang menyediakan nasi dan pelbagai gorengan, menjadi tumpuan pelanggan di parkir PKNS Bangi. — Foto-foto oleh Helme HanafiTrak makanan Mat Rock, yang menyediakan nasi dan pelbagai gorengan, menjadi tumpuan pelanggan di parkir PKNS Bangi. — Foto-foto oleh Helme HanafiKAJANG, 29 Dis — Trak makanan sudah menjadi satu trend yang makin popular di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di Bandar Baru Bangi dekat sini, tapak trak makanan yang kian menjadi tumpuan terletak di hadapan Kompleks PKNS. Lebih tepat lagi, parkir kompleks tersebut.

Ia bermula dari jam 6 petang sehingga 12 malam setiap hari kecuali Isnin. Diperkenalkan sejak tahun lalu, ia kini memasuki tahun kedua.

Dari tepi jalan, sudah kelihatan meriahnya barisan lori kerana kompleks PKNS mengadap jalan raya.

Pengunjung pasti tiada masalah untuk meletakkan kenderaan, sama ada di tepi jalan depan bangunan ini atau di sisi trak-trak makanan tersebut. 

Dari tempat letak kereta, jika anda datang pada hari hari hujung minggu, seperti Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, anda boleh dengar muzik dan gendang. 

Matiq Tazkers antara pemuzik jalanan yang menghiburkan pengunjung trak makanan di PKNS Bangi. Matiq Tazkers antara pemuzik jalanan yang menghiburkan pengunjung trak makanan di PKNS Bangi. Ia datangnya daripada persembahan Matiq Tazkers, iaitu Hadi Buskers dan rakan rakan ustaz dari Maahad Tahfiz Akademi Iqro Al Quran, Semenyih. 

Ada kalanya para baskers bertukar. Di sini, sambil menjamu selera, pengunjung dijamu juga halwa telinga dengan irama yang indah. 

Selain lagu kerohanian, mereka menyampaikan juga lagu popular semasa atau lagu lama Broery Marantika, Sweet Charity, Blues Gang dan banyak lagi. 

Anda boleh menghulurkan derma pada tabung di tepi tempat persembahan.

Selain makanan dan hiburan muzik, persekitarannya juga nyaman lagi bersih. Kebersihan diutamakan, setiap trak menyediakan tempat membuang sampah. 

Malah PKNS Bangi sebagai penganjur meletakkan papan tanda yang menarik: “Hai abang-abang, kakak-kakak. Lepas makan, bekas makanan hendaklah dibuang di tong sampah yang disediakan ya... Sayangggg semuaaa!” 

Lori makanan yang menyajikan roti bakar telur meleleh, kacang pool Johor dan takoyaki. Lori makanan yang menyajikan roti bakar telur meleleh, kacang pool Johor dan takoyaki. Tempat-tempat duduk disediakan. Selain milik pengendali trak makanan, meja dan kerusi tambahan disediakan oleh PKNS khususnya pada hujung minggu.

Biasanya pada hujung minggu, sebanyak 15 trak sudah mula beroperasi seawal 6 petang. Hampir kesemuanya menyediakan menu yang terbaik dan lazat.

Di sinilah masalahnya — anda akan berdepan kesukaran membuat pilihan kerana kesemua yang dijual di situ sedap-sedap belaka.

Macam-macam ada, masakan kampung, ala Barat dan juga olahan baru (fusion).. Sama juga dengan minuman, ada air buah, mocha, cendol dan macam-macam lagi.

Selera Kelate menyediakan nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kak wok. Bagi yang sukakan stimbot, ada Din Steamboat dengan aneka pilihan. 

Buat penggemar makanan Johor, anda boleh menikmati mi bandung Muar, mi bandung udang dan mi bandung gearbox kambing di trak Asam Pedas Warong Tajria. 

Pelanggan menikmati hidangan dari lori makanan di parkir PKNS Bangi seperti foto yang dimuatkan di Facebook perbadanan itu pada 3 November 2017.Pelanggan menikmati hidangan dari lori makanan di parkir PKNS Bangi seperti foto yang dimuatkan di Facebook perbadanan itu pada 3 November 2017.Selain mi, ia juga menyediakan lempeng sambal ikan bilis dan lempeng asam pedas daging tetel, secara ala carte atau set dengan air sirap bandung.

Dapur The Hob menyediakan makanan Barat, seperti pelbagai jenis burger serta chicken chop dan lamb chop. Ia juga menyediakan minuman panas atau sejuk.

Satu lagi jenama terkenal Nathans menjual aneka burger dan kentang goreng dengan keju berkualiti lagi enak. Ia menawarkan set kombo yang menarik.

Untuk mereka memilih juadah lebih ringkas, anda boleh mencari roti bakar telur meleleh yang turut menawarkan kacang pool Johor dan takoyaki.

Kepada penggemar menu nasi putih, anda seharusnya tidak melepaskan peluang menikmati trak Mat Rock yang sentiasa dikerumuni pelanggan yang beratur. 

Ia menyediakan ayam goreng kunyit, sotong goreng kunyit, udang goreng kunyit yang dimakan dengan kicap khas, buatan Mat Rock, dengan sambal belacan.

Trak makanan yang menjual pelbagai minuman sejuk dan panas di luar PKNS Bangi. Trak makanan yang menjual pelbagai minuman sejuk dan panas di luar PKNS Bangi. Turut mendapat tumpuan, One Pan yang menyediakan masakan Itali seperti karbonara dan aglio olio. Ia dimasak apabila dipesan pelanggan sahaja.  

Maka gaya itu dinamakan “one pan”, atau satu kuali, kata pemiliknya Suhaimi Samsudin yang dibantu Idris Hashim dan isterinya Fazilah Othman.

Tidak ketinggalan dalam menu di parkir PKNS ini, nasi lemak. Nasi Lemak Kampung Pandan menyediakan roti bakar, air kelapa goncang dan durian crepe.

Ada juga makanan laut, sate, kebab dan ayam gunting. Pendek kata, banyak juadah menarik di PKNS Bangi. Pilihlah, yang mana satu idaman kalbu.

* Helme Hanafi, wartawan portal Agenda Daily, menerbitkan buku catatan budaya, sejarah dan makanan di selatan tanah air, “Jalan Lain ke Selatan”

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline