Wednesday December 27, 2017
11:18 AM GMT+8

Lagi berita

Tidak cukup satu, Zara Zya menikmati dua hidangan di restoran Mr Roti Canai dekat Bukit Rimau, Shah Alam pada 24 Julai 2017. — Foto ihsan Instagram/ Zara ZyaTidak cukup satu, Zara Zya menikmati dua hidangan di restoran Mr Roti Canai dekat Bukit Rimau, Shah Alam pada 24 Julai 2017. — Foto ihsan Instagram/ Zara ZyaKUALA LUMPUR, 27 Dis — Sinonim dengan kasut tumit tinggi, Zara Zya berasa kurang yakin jika kelihatan rendah di kaca televisyen.

Pelakon 32 tahun itu tetap mahu kelihatan tinggi walau pernah dimasukkan ke hospital gara-gara menggayakan kasut berkenaan.

ProjekMMO sempat bersama Zara, nama popular Zainurul Razia Mohd Zainuddin, bagi mengetahui lokasi makanan kegemarannya di sekitar ibu kota.

Pelakon kelahiran Lenggong, Perak ini gemar menikmati sarapan nasi lemak bersama ayam goreng di restoran Village Park di Damansara Utama.

Restoran yang tidak lekang pengunjung ini turut menjadi pilihan pelakon Mira Filzah seperti dipaparkan dalam ruangan ini minggu lalu.

Seorang pelanggan memilih nasi lemak ayam goreng di Village Park seperti foto Instagram Izhar Husin pada 4 Jun 2015. Seorang pelanggan memilih nasi lemak ayam goreng di Village Park seperti foto Instagram Izhar Husin pada 4 Jun 2015. Beralih pada waktu tengah hari, Zara memilih restoran Mum’s Place di Damansara Perdana yang menyediakan hidangan Melayu dan Nyonya.

“Di situ saya suka cencaru sambal, sambal petai, udang masak lemak dan daun keledek antara menu wajib yang saya pilih. 

“Makanan Nyonya pula saya suka pulut tekan. Di sana hidangan paling terbaik,” katanya, dengan nada penuh teruja.

Mum’s Place dibuka setiap hari pada waktu tengah hari dan makan malam. Sesi pertama dibuka dari 11 pagi hingga 2.30 petang.

Waktu petang pula dari 6 petang hingga 10.30 malam, namun pesanan terakhir diambil satu jam lebih awal. 

Cencaru sambal petai yang dipilih seorang pelanggan Mum's Place di Damansara Perdana. Zara Zya juga menggemari masakan ini. — Foto ihsan Facebook/Nor Farah NajwaCencaru sambal petai yang dipilih seorang pelanggan Mum's Place di Damansara Perdana. Zara Zya juga menggemari masakan ini. — Foto ihsan Facebook/Nor Farah Najwa

Sajian pilihan di sini termasuklah asam pedas Parit Jawa, sambal bawal hitam, tom yam udang galah dan pencuci mulut sagu gula Melaka.

Dibuka pada September 2001, restoran ini pernah dikunjungi pelakon Jackie Chan, bekas gabenor Tan Sri Dr Zeti Aziz, pemain skuasy Datuk Nicol David.

Bagi memenuhi selera malam pula, Zara tidak melepaskan peluang berkunjung ke restoran Bombay Palace yang menyediakan hidangan India utara. 

Restoran yang terletak di Life Centre, Jalan Sultan Ismail di sini menjadi pilihannya kerana suasana tenang sesuai dikunjungi seisi keluarga. 

Zara Zya suka beriani dengan kari udang dan ayam masala jika berkunjung di Bombay Palace. — Foto ihsan Instagram/Hamood SolidZara Zya suka beriani dengan kari udang dan ayam masala jika berkunjung di Bombay Palace. — Foto ihsan Instagram/Hamood Solid“Saya suka Bombay Palace kerana makanan India utaranya tidak akan dapat rasa [di tempat lain] sesedap di sana.

“Tempatnya sangat privacy untuk mesyuarat atau bersama keluarga. Semuanya boleh dibuat di situ, memang santai.  

“Di situ saya akan menikmati nasi beriani bersama kari udang dan ayam masala yang sangat sedap. Air mango lassi juga terbaik.  

“Setiap kali ke sana, memang itu pilihan saya,” katanya, turut menggemari kambing panggang jika berkesempatan ke sana.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline