Tuesday January 2, 2018
10:00 AM GMT+8

Lagi berita

Ustaz Wan Ji Wan Hussin mencetuskan debat kecil dengan mi kari ini pada September 2015 apabila dengan bergurau mendakwa hidangan ini 'tiada di syurga'. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin Ustaz Wan Ji Wan Hussin mencetuskan debat kecil dengan mi kari ini pada September 2015 apabila dengan bergurau mendakwa hidangan ini 'tiada di syurga'. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin KUALA LUMPUR, 2 Jan — Ustaz Wan Ji Wan Hussin masih muda tetapi ada pengaruhnya sendiri selain turut dilanda beberapa kontroversi. 

Beliau disiasat bawah Akta Hasutan pada 2014 dan bukunya Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi pula diharamkan pada September lepas.

Penceramah bebas ini ditahan dua kali oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung dakwaan mengajar agama tanpa tauliah.

Belajar agama di Pakistan dan Mesir, pemimpin muda PKR itu sering menarik perhatian ramai, dan perdebatan, khususnya coretan di Facebook.

Bekas pemimpin muda Ulama PAS itu berkhidmat sebagai pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang lebih kurang tiga bulan lalu. 

Berdarah Kelantan, Wan Ji, 35, yang berpindah dari Sungai Buloh, Selangor berkongsi restoran kegemarannya di sekitar Pulau Pinang.

Satu sajian nasi kandar di warung Jalan Telekom, yang begitu popular sehingga peminat sanggup beratur panjang lewat malam. — Foto ihsan Facebook/I-Ra HaziraSatu sajian nasi kandar di warung Jalan Telekom, yang begitu popular sehingga peminat sanggup beratur panjang lewat malam. — Foto ihsan Facebook/I-Ra HaziraSejak bertugas di negeri itu, beliau meneroka lokasi makan yang menarik.

Untuk sarapan pagi, pengasas kumpulan diskusi Sekolah As-Syatibi tidak gemar makanan berat dan memilih kedai biasa saja.

“Saya selalu bersarapan pagi di Medan Selera Taman Siakap dengan hanya roti canai telur dan teh O panas,” katanya kepada ProjekMMO.

Medan selera ini terletak di tepi Lebuh Raya Kurau di Seberang Jaya.

Untuk makan tengah hari, Wan Ji memilih beriani kambing di Restoran Kapitan, yang berpapan tanda merah, di Lebuh Chulia, George Town.

“Beriani kambing dia sedap. Harga pun berpatutan, dalam RM13 dan segelas teh tarik pula berharga RM2,” katanya.

Sentiasa menjadi tumpuan ramai, restoran ini dibuka 24 jam setiap hari. Restoran dua tingkat ini berada di hujung satu blok bangunan.

Beriani ayam belanga tanah liat yang menjadi tarikan ke Restoran Kapitan di Lebuh Chulia, George Town. — Foto ihsan Facebook/Farid GhaniBeriani ayam belanga tanah liat yang menjadi tarikan ke Restoran Kapitan di Lebuh Chulia, George Town. — Foto ihsan Facebook/Farid GhaniBeriani ayam lacopera dan chicken chop milani juga menjadi pilihan. Berapa harga menu ini? Semuanya boleh disemak di laman web Kapitan.com.my.

Bagi hidangan makan malam, sudah tentu nasi kandar menjadi pilihannya. Pulau Pinang memang dikenali syurga nasi kandar sehingga dilabel “Kandaqstan”.

“Setakat yang saya cuba, saya letak nasi kandar Telekom paling sedap sekali.

“Saya makan nasi kandar kuah campur dengan ayam goreng lebih kurang anggaran RM4.50 hingga RM4.80,” katanya, merujuk warung di Jalan Telekom.

Terletak berhampiran jeti Butterworth, nasi kandar Telekom dibuka setiap hari. Namun uniknya, ia dibuka sangat lewat, 11 malam hingga 5 pagi.

Selain itu, tiga lagi tempat pilihan makan malam Wan Ji: nasi kandar Deen Maju, Deen Jelutong dan Tajuddin Hussain.

Nasi kandar Deen Maju terletak di Jalan Gurdwara, George Town, berhampiran Hotel Neo dan pasar raya Gama.

Manakala nasi kandar Deen Jelutong pula di Jalan Jelutong dan kini mempunyai cawangan terbaru di Hilir Paya Terubong, juga di George Town.

Restoran Tajuddin Hussain yang terkenal dengan nasi tomato di Queen Street, George Town, berdekatan restoran Hameediyah.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline