Thursday January 4, 2018
12:30 PM GMT+8

Lagi berita

Gulai itik serati di Anis Puteri buat peminat itik, menu yang turut menarik pelanggan ke restoran popular di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. — Foto-foto oleh  Miera ZulyanaGulai itik serati di Anis Puteri buat peminat itik, menu yang turut menarik pelanggan ke restoran popular di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. — Foto-foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 4 Jan — Buat penggemar makanan Kelantan yang tercari-cari gulai itik serati dan ketupat sotong, restoran Anis Puteri harus menjadi tujuannya.

Namun kalau lambat sampai di restoran ini, di Jalan Pantai Dalam di sini, selepas waktu makan tengah hari, kemungkinan besar anda terpaksa pulang dengan kesal.

Menurut Risani Marlena, pembantu kedai warga Indonesia yang sudah lebih 10 tahun bekerja di sini, gulai kawah daging dan gulai itik antara lauk yang diminati.

Pembantu kedai Risani Marlena memanaskan gulai daging kawah yang menjadi 'signature' juadah di Anis Puteri Gulai Kawah.Pembantu kedai Risani Marlena memanaskan gulai daging kawah yang menjadi 'signature' juadah di Anis Puteri Gulai Kawah.Pelanggannya juga boleh menikmati siput sedut masak lemak, kerabu ikan tongkol, ikan singgang, pelbagai jenis ulam, budu dan tempoyak. 

Anis Puteri menjadi tumpuan ramai sejak hampir 20 tahun lalu. Ahli parlimen kawasan itu Nurul Izzah Anwar juga pernah menikmati juadahnya.

“Kita juga ada jual pelbagai kuih-muih tradisi Kelantan termasuk yang susah ditemui seperti akok,” kata Risani kepada ProjekMMO baru-baru ini.

Beberapa pelanggan sedang memilih lauk-pauk di Anis Puteri yang menyediakan lebih 60 sajian menarik.Beberapa pelanggan sedang memilih lauk-pauk di Anis Puteri yang menyediakan lebih 60 sajian menarik.Kuih-muih lain dengan selera pantai timur yang disajikan termasuklah butir nangka, tahi itik, jala mas, nekbat, pengat pisang dan sekaya telur.

Ia menyediakan lebih 60 pilihan lauk-pauk masakan kampung dan kuih-muih dengan harga berpatutan.

Harga setiap hidangan gulai itik serati bergantung pada saiz, yang paling rendah RM6. Bagi ketupat sotong pula, harganya dalam lingkungan RM8 ke RM9.

“Tetapi ketupat sotong tidak selalu ada, bergantung kepada bekalan sotong dan cuma pada hari Sabtu, Ahad sahaja,” kata Risani lagi dengan ramah.

Seorang pekerja restoran sedang menyediakan kuih di bahagian kuih-muih di Anis Puteri, Jalan Pantai Dalam.Seorang pekerja restoran sedang menyediakan kuih di bahagian kuih-muih di Anis Puteri, Jalan Pantai Dalam.Beberapa ratus meter selepas stesen komuter Pantai Dalam, restoran ini di sebelah kanan jika anda memandu dari arah Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Jika anda dari arah Petaling Jaya, ambil Jalan 1/132 selepas membelok ke Jalan 5/46 dari Jalan Gasing atau Jalan Templer. Ia terletak di kiri anda.

Anis Puteri dibuka setiap Sabtu hingga Khamis antara 8 pagi hingga 6 petang. Ruang makannya luas dan selesa, sementara parkir pula di belakang restoran.

Jika anda mahu ke sini, datang awal kerana ia selalu dipenuhi pengunjung. Jika ruang parkir tidak cukup, bersedialah meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Seorang pelanggan sedang membungkus gulai kawah, sementara yang lain sedang memilih dan menikmati juadah masing-masing. Seorang pelanggan sedang membungkus gulai kawah, sementara yang lain sedang memilih dan menikmati juadah masing-masing.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline