Tuesday January 9, 2018
11:48 AM GMT+8

Lagi berita

Nasi bambong dengan telur goreng, tempe goreng dan sayur goreng dijual RM2 seperti foto Faizal Asmara di Facebooknya pada 9 Februari 2017. Nasi bambong dengan telur goreng, tempe goreng dan sayur goreng dijual RM2 seperti foto Faizal Asmara di Facebooknya pada 9 Februari 2017. KUALA LUMPUR, 9 Jan — Sabah sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan murah berbanding tempat lain.

Namun tidak ramai tahu di satu sudut negeri ini — lebih tepat di Taman Sabindo, Tawau — ada kedai menjual hidangan murah RM3.

Nasi bambong, begitu namanya, di Gerai Rahmat adalah hidangan nasi campur biasa dengan pilihan lauk seperti ikan, ayam dan sayur.

Hidangan itu yang berusia lebih 10 tahun mendapat namanya yang unik kerana murah dan mampu dibeli sesiapa, termasuk individu tidak bekerja.

Perkataan “bambong”, berasal daripada dialek tempatan, bermaksud penganggur.

Nasi dengan lauk ringkas yang dijual pada harga murah menjadi fenomena kian meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kelembapan ekonomi.

Hidangan nasi bambong, atau 'nasi penganggur', yang ringkas di Tawau dulu dijual sekitar RM1.50. — Foto ihsan Facebook/Amey VillaHidangan nasi bambong, atau 'nasi penganggur', yang ringkas di Tawau dulu dijual sekitar RM1.50. — Foto ihsan Facebook/Amey VillaDi Kuala Terengganu misalnya nasi bajet dengan pelbagai pilihan lauk dijual semurah RM3 sebungkus. Lauknya ayam goreng, timun, kuah kari dan sambal.

Nasi bujang — nasi, telur dadar dan sup kosong — pula popular dekat sini, misalnya dekat Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Harganya RM3.

Nasi ekonomi di warung atau kedai kopi Cina di negara ini dengan lauk pauk asas memang wujud dan popular sejak sekian lama.

Nasi bambong Gerai Rahmat, menurut pekerjanya yang dikenali Atika, menjadi tumpuan orang Tawau kerana kebanyakannya berpendapatan rendah.

“Pertengahan 2000-an dulu nasi, ikan goreng, tempe dan sayur kita jual RM1.

“Sekarang RM3 kerana kenaikan harga barang mentah tetapi ia masih murah dan tidak membebankan,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO minggu lalu.

Nasi bambong dengan ayam goreng dan tempe goreng dijual RM2 seperti foto di Facebook Tawau Hari Ini pada 29 November 2017. Nasi bambong dengan ayam goreng dan tempe goreng dijual RM2 seperti foto di Facebook Tawau Hari Ini pada 29 November 2017. Gerai Rahmat dibuka seawal 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari. Namun makanan selalunya habis sekitar jam 4.

Harganya: nasi dengan ayam, tempe dan sayur RM3, semenatara nasi, telur goreng, tempe dan sayur RM3 dan nasi, ikan bakar, tempe serta sayur RM5.

Terletak di Jalan Chen Fook, gerainya berdekatan Perpustakaan Wilayah Tawau. Anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan parkir berhampiran.

Terdapat deretan kedai lain yang menjual nasi bambong di Taman Sabindo.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline