Monday January 1, 2018
9:15 AM GMT+8

Lagi berita

Selepas berita menu unik ini tersebar, pelanggan Noryazilah Surikan mencuba nasi goreng 'muntah kedarah' di Warung Pokok Ubi, Batu Pahat 29 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Noryazilah Surikan Selepas berita menu unik ini tersebar, pelanggan Noryazilah Surikan mencuba nasi goreng 'muntah kedarah' di Warung Pokok Ubi, Batu Pahat 29 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Noryazilah Surikan BATU PAHAT, 1 Jan — Terhad untuk 30 pinggan sehari, menu nasi goreng dan mi unik ini, dengan nama "muntah kedarah," menjadi tarikan ke warung ini.

Menu di Warung Pokok Ubi ditemui tidak sengaja Julai lalu apabila ia diminta seorang pelanggan, kata pemiliknya Mokhtar Abdullah kepada Harian Metro.

Dijual di Jalan Bukit Pasir di sini, menu "muntah kedarah" mengandungi ayam, lembu, kambing, udang, kerang dan gearbox kambing dalam satu sajian.

Jelas kelihatan ayam goreng dan udang dalam kuetiau goreng 'muntah kedarah' di Warung Pokok Ubi, Batu Pahat. — Foto ihsan Facebook/Noryazilah SurikanJelas kelihatan ayam goreng dan udang dalam kuetiau goreng 'muntah kedarah' di Warung Pokok Ubi, Batu Pahat. — Foto ihsan Facebook/Noryazilah SurikanMenu unik ini dibuat untuk masakan-masakan nasi goreng kampung, mi goreng, mi bandung, rojak, nasi lemak dan lontong, katanya lagi.

Walau ada permintaan, sayangnya kerumitan menyediakan menu ini menyebabkan ia terpaksa dihadkan kepada 30 pinggan sahaja.  

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline