Tuesday December 26, 2017
3:10 PM GMT+8

Lagi berita

Donut RM1 dengan pelbagai warna dan perisa sangat laris, khususnya pada musim cuti sekolah. — Foto ihsan Facebook/Shamsullizare SamianDonut RM1 dengan pelbagai warna dan perisa sangat laris, khususnya pada musim cuti sekolah. — Foto ihsan Facebook/Shamsullizare SamianPONTIAN, 26 Dis — Donut gebu, berwarna-warni, dalam pelbagai perisa dengan harga RM1 cukup laris khususnya pada musim cuti sekolah.

Peminatnya bukan sekadar masyarakat tempatan di Pekan Nanas di sini, malah dari Johor Baru dan Batu Pahat juga sanggup datang, lapor Sinar Harian.

Dibuka setahun lalu, Kedai Donut RM1 di halaman Masjid Jamek Pekan Nanas sering menerima tempahan untuk koperasi sekolah dan majlis keraian.

Tanpa terlalu memikirkan untung, akibat kos bahan mentah, donut ini dihias dengan coklat, coklat putih, kelapa kering dan emping jagung.

“Ramai pelanggan tidak jemu dengan donat kami. Dari situ mereka akan datang beli berulang kali. Jadi secara tidak langsung dapat kami beroleh pendapatan.

Selain donut seringgit, kedai Haza Mardikon juga menjual pelbagai jenis brownies, mocha dan kek untuk hari jadi — Foto ihsan Facebook/Fatin Sahkina SalehSelain donut seringgit, kedai Haza Mardikon juga menjual pelbagai jenis brownies, mocha dan kek untuk hari jadi — Foto ihsan Facebook/Fatin Sahkina Saleh“Syukur air tangan suami [Samsull Izare Samian, 45,] yang buat donat seringgit ini diterima pelbagai lapisan usia.

“Mereka tidak putus-putus beli donat dari kami,” kata pemilik kedai itu Noor Haza Mardikon, 44, yang berpengalaman belasan tahun menjual roti dan kek.

Sebanyak 300 ke 400 biji donat “licin” sebelum menjelang petang setiap hari ketika musim cuti sekolah akhir tahun ini.

Menurutnya, pada hari biasa beliau menghasilkan kira-kira 1,000 biji untuk agihan koperasi dan majlis keraian tertentu.

Ibu empat anak ini bersyukur anak angkatnya Fatin Sahkinah Salleh, 26, turut membantu mengiklankan donatnya di Facebook peribadinya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline