Thursday December 28, 2017
9:38 AM GMT+8

Lagi berita

Kekacang yang direbus dan dicampur cuka dimasukkan dalam bungkusan daun untuk diperam antara 24 hingga 36 jam. — Foto-foto oleh Choo Choy MayKekacang yang direbus dan dicampur cuka dimasukkan dalam bungkusan daun untuk diperam antara 24 hingga 36 jam. — Foto-foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 28 Dis — Selepas mengecap kejayaan dengan mentega kacang, Alzari Mahshar berusaha membuat tempe bukan daripada kacang soya pula. 

Tempe walau dianggap makanan “orang miskin”, tambahnya, sebenarnya sejenis “super food” kerana kaya dengan protein, vitamin dan serat. 

“Jadi, ia sangat bagus untuk menggantikan [khasiat] daging bagi vegan,” kata bekas pegawai komunikasi korporat itu, yang selesa disapa Joey sahaja. 

Kacang yang siap dibungkus di dalam daun simpoh air (kiri). Tempe yang siap diperam mempunyai kulat putih yang boleh dimakan.Kacang yang siap dibungkus di dalam daun simpoh air (kiri). Tempe yang siap diperam mempunyai kulat putih yang boleh dimakan.Pemilik Joey’s Homemade Peanut Butter, dipasarkan mulai 2013, beliau mencuba tempe daripada kacang hijau, kacang buncis, jagung dan kacang merah. 

“Malah, saya hanya membuat tempe kacang soya atas permintaan [pelanggan] dan menggunakan kacang soya organik,” katanya. 

Alzari, 48, memilih kacang selain soya untuk makanan itu bagi menjadikan produknya berbeza daripada tempe sedia ada dalam pasaran.

Kekacang yang telah direbus dicampur dengan suka pagi merendahkan pH sebelum diperam. Kekacang yang telah direbus dicampur dengan suka pagi merendahkan pH sebelum diperam. Tempe segar hanya bertahan tiga hari selepas diperam selama sehari hingga sehari setengah, ceritanya lagi tentang pembuatannya. 

Sebelum itu, kekacang dimasak dahulu agar lembut dan kemudian dicampur cuka. 

“Cara tradisi memeram kacang adalah dengan cara membungkusnya dalam daun simpoh air. Kemudian diperam 24 hingga 36 jam pada suhu tetap,” katanya. 

Setelah lima tahun, Alzari akan bekerjasama pekedai runcit makanan organik tempatan Justlife untuk menghasilkan mentega organik tahun depan. 

Mentega kacang Joey menjadikannya lebih dikenali. Produk ini boleh dibeli di M.A.K.A.N di Jaya One, Petaling Jaya.Mentega kacang Joey menjadikannya lebih dikenali. Produk ini boleh dibeli di M.A.K.A.N di Jaya One, Petaling Jaya.Suka mengajar seni membuat tempe, beliau mempunyai kumpulan WhatsApp selepas kelas untuk menggalakkan pembuatannya di rumah masing-masing.

“Saya percaya kita perlu mandiri pada masa akan datang. Apa lagi tempe itu makanan keluarga — semua orang boleh menikmatinya,” katanya. 

Untuk mencuba tempe atau mentega kacangnya, anda boleh hubungi 018 575 6578 atau lawat Facebooknya: Joey’s Homemade Peanut Butter.

Menteganya dijual di M.A.K.A.N. by The Red Cherry di Jaya One, Petaling Jaya.

Baca seterusnya di Malay Mail 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline