Friday December 29, 2017
10:47 AM GMT+8

Lagi berita

Pelakon, usahawan dan pengacara Fizo Omar menikmati teh tarik madu dengan ais di restoran Pak Mat Pulau Pisang, Kota Baru. — Foto ihsan Facebook/Warung Pak Mat Pulau PisangPelakon, usahawan dan pengacara Fizo Omar menikmati teh tarik madu dengan ais di restoran Pak Mat Pulau Pisang, Kota Baru. — Foto ihsan Facebook/Warung Pak Mat Pulau PisangMELAKA, 29 Dis — Teh tarik dengan buih banyak hingga melimpah gelas kini menjadi daya tarikan baru menikmati minuman popular ini. 

Selain sebuah restoran popular di Kota Baru yang menyediakan teh tarik madu, gerai Santai Pondok di Krubong, Melaka juga mengguna “pelaris” yang sama. 

Sejak berita teh tarik di gerainya menular, hampir setiap hari pelanggan bertumpu di kedai Badrin Mohd Diah, 32, lapor Harian Metro semalam.

“Pelanggan semakin teruja untuk menikmati minuman ini setelah melihat buihnya tidak kira dihidangkan panas atau sejuk,” katanya. 

“Saya menggunakan daun teh terpilih sahaja dan paling penting, minuman ini tidak dicampur bahan pewarna.” 

Seorang pelanggan memesan teh tarik madu dan nasi lemak ayam di warung Santai Pondok di Paya Rumput, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Ikan Laga Naga Seorang pelanggan memesan teh tarik madu dan nasi lemak ayam di warung Santai Pondok di Paya Rumput, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Ikan Laga Naga Warga internet juga menolong mempromosi nasi Chencang, beras Siam dimasak bersama ulam dan herba, katanya, yang pernah gagal berniaga nasi Arab. 

“Saya akui kuasa media sosial banyak membantu untuk bangkit semula dalam perniagaan berasaskan minuman dan makanan,” kata Badrin lagi. 

“Sebelum ini teh tarik madu di gerai di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung tular, sekarang ini menu di gerai saya pula.”

Warung Pak Mat Pulau Pisang di Jalan Kuala Besar, Kota Baru menarik perhatian ramai. Jika anda cari “teh tarik madu” di Google, akan keluar peta lokasinya. 

Selain teh tarik madu yang membuak-buak buihnya, ia juga dikenali dengan sup kepala ikan “yang mengasyikkan”, lapor Kosmo! tahun lalu. 

Nik Mohamad Mohd Nor, pemilik restoran Pak Mat Pulau Pisang, menyatakan sesuatu kepada timbalan menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tengah). — Foto ihsan Facebook/Mas Ermieyati Samsudin Nik Mohamad Mohd Nor, pemilik restoran Pak Mat Pulau Pisang, menyatakan sesuatu kepada timbalan menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tengah). — Foto ihsan Facebook/Mas Ermieyati Samsudin Ia dikunjungi ahli-ahli politik seperti Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan selebriti hiburan termasuk Fizo Omar. 

Namun jika merancang ke selatan atau Melaka, anda boleh singgah untuk menikmati teh tarik madu di Santai Pondok, Paya Rumput. 

Terletak dekat Madrasah Darul Muttaqin, ia boleh disemak melalui Facebook: Teh Madu Santai Pondok. 

Sementara warung di Kota Baru itu boleh disemak melalui Facebook: Warung Pak Mat Pulau Pisang. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline