Thursday December 28, 2017
9:47 AM GMT+8

Lagi berita

Pelanggan membeli mentarang di gerai Masaidi Mansor di Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis. — Foto ihsan Facebook/Pakjang Lee Mentarang Perlis Pelanggan membeli mentarang di gerai Masaidi Mansor di Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis. — Foto ihsan Facebook/Pakjang Lee Mentarang Perlis KANGAR, 28 Dis — Seorang peniaga mampu menyara hidup sekeluarga dengan menjual mentarang dan beberapa jenis hidupan laut jenis bercengkerang. 

Beristeri dan empat anak, Masaidi Mansor, 42, meraih pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan dengan menjualnya di Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis.

Jualan mentarangnya meningkat sekali ganda sehingga 250 kilogram pada hujung minggu dan cuti umum, lapor Kosmo! semalam.

“Sebanyak 100 kg mampu dijual pada hari biasa sementara pada hujung minggu dan cuti umum mencecah 250 kg sehari,” katanya, yang berniaga sejak lima tahun. 

Peminat mentarang dan siput beratur di gerai Masaidi Mansor. Siput ini didakwa dapat menyejukkan badan. — Foto ihsan Facebook/Pakjang Lee Mentarang PerlisPeminat mentarang dan siput beratur di gerai Masaidi Mansor. Siput ini didakwa dapat menyejukkan badan. — Foto ihsan Facebook/Pakjang Lee Mentarang PerlisMentarang dijual RM10 hingga RM16 per kilogram mengikut saiz dan kualiti. Ia menjadi rebutan peminat tempatan dan pelancong dari luar Perlis.

Masaidi bergilir-gilir mencari mentarang dengan anggota keluarga di sepanjang pantai berselut dari Kuala Perlis ke Simpang Empat. 

Selain di sekitar Kuala Perlis, hidupan laut ini atau nama sainsnya Pholas orientalis juga banyak diperolehi di sekitar pantai Sabak Bernam.

Bulan November lalu, ProjekMMO melaporkan kejayaan restoran Faridah Mentarang Bakar di Sungai Leman, Sekinchan di Selangor. 

Siput mentarang bakar membuka sumber rezeki buat pengusaha restoran Faridah Mentarang Bakar di Sekinchan, Selangor. — Foto oleh Miera ZulyanaSiput mentarang bakar membuka sumber rezeki buat pengusaha restoran Faridah Mentarang Bakar di Sekinchan, Selangor. — Foto oleh Miera ZulyanaSejak 2010, Faridah Abdul Rahman, 50, mempelopori hidangan mentarang, termasuk sup, masak lemak cili api, kari, rebus, goreng tepung dan goreng kunyit. 

Bagi mentarang bakar, harganya RM18 untuk 500 gram dan mentarang yang dimasak pula berharga RM20 untuk berat yang sama. 

Restorannya dibuka setiap hari kecuali Isnin. Tempahan untuk majlis dikenakan caj RM30 seorang (lebih 50 orang) dan RM35 sekepala (kurang 50 orang).

Jika anda memandu dari arah Kuala Selangor, restoran Faridah terletak di kiri bahu jalan utama ke Sabak Bernam, di Batu 47 ¾ Sungai Leman.

Selain dibakar (kanan, atas), mentarang boleh dimasak sup (kiri) dan digoreng bertepung (kanan, bawah). — Foto oleh Miera ZulyanaSelain dibakar (kanan, atas), mentarang boleh dimasak sup (kiri) dan digoreng bertepung (kanan, bawah). — Foto oleh Miera ZulyanaAnda juga boleh melayari laman Facebook: Faridah Mentarang Bakar Sekinchan. Boleh juga hubungi 019 33 55 382 atau 016 69 65 982 untuk tempahan. 

Walau kurang popular di Malaysia, siput ini dimakan di beberapa negara dengan kepercayaan ia dapat merangsang selera seks atau aphrodisiac.

Berniaga di gerainya Pak Jang Lee di tepi jalan Kampung Kurong Tengar, Masaidi berkata mentarang yang rasa manis segar didakwa boleh menyejukkan badan. 

Beliau juga menjual lokan, retak seribu dan belangkas, satu lagi hidangan eksotik. Semak Facebook: Pakjang Lee Mentarang Perlis. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline