Monday July 17, 2017
5:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lim Guan Eng terkejut DAP diarah mengadakan pemilihan semula dalam sidang media di Kuala Lumpur, 8 Julai 2017. — Foto oleh Choo Choy MayLim Guan Eng terkejut DAP diarah mengadakan pemilihan semula dalam sidang media di Kuala Lumpur, 8 Julai 2017. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 17 Julai — DAP hari ini menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas 10 hari diarahkan untuk mengadakan pemilihan parti.

Ketua biro guaman DAP berkata jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) akan bertemu pada Rabu bagi membincangkan kandungan surat RoS.

“DAP menerima notis rasmi keputusan RoS melalui surat hari ini,” coret Gobind Singh Deo melalui laman Facebook miliknya hari ini.

Timbalan menteri dalam negeri semalam dilaporkan berkata RoS perlu menulis surat mengarahkan DAP menjalankan pemilihan semula.

“Arahan tidak boleh melalui mulut... arahan lisan tidak boleh, bukannya rasmi,” Datuk Masir Kujat dilaporkan berkata.

Pemilihan semula parti itu yang dibuat pada 29 September 2013 dianggap tidak sah susulan masalah dalam penjumlahan kiraan undi pada 2012.

Ketua pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula dalam satu kenyataan akhbar pada 7 Julai lepas.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline