Friday January 12, 2018
11:21 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Farid Kamil didakwa menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai polis Kota Damansara. — foto fail Malay Mail Datuk Farid Kamil didakwa menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai polis Kota Damansara. — foto fail Malay Mail PETALING JAYA, 12 Jan — Pelakon Datuk Farid Kamil didakwa berkelakuan aneh dengan tidak memakai baju di tepi jalan sebelum insiden tampar di balai.

Dalam laporan polis, mangsa itu, 34 tahun, membawanya ke sebuah restoran untuk meminjam baju daripada pemilik premis itu, lapor Harian Metro.

Mangsa itu, yang tidak dinamakan, juga mendakwa Farid mengambil gambarnya dan cuba memegang stereng kereta sewaktu memandu ke balai polis Damansara.

Namun, ketika di balai, Farid didakwa menampar pipi kiri, menendang perut serta kemaluan lelaki itu dan menampar anggota polis di kaunter.

Lelaki itu turut membuat laporan di balai polis yang sama.

Seorang lagi saksi kejadian, Azizi Ibrahim berkata beliau terjumpa Farid berjalan sendirian tanpa baju dekat Tropicana Kota Damansara.

Aksi pelakon terkenal itu turut dirakamnya melalui kamera papan pemuka dari kenderaannya kira-kira 12 tengah hari semalam.

Ketua polis daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan, melalui ujian air kencing, selebriti itu mengambil ganja.

Sementara itu, isteri pelako itu Diana Danielle, 26, meminta ruang untuk keluarganya menyelesaikan perkara itu sebelum memberi ulasan.

"Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dahulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih," kata pelakon wanita itu.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline