Thursday October 12, 2017
11:14 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zizi Kirana tidak menyangka lagu berjudul ‘Boleh Jalan’ mendapat sambutan baik dalam masa singkat walau ada yang ‘panas hati’ mendengarnya. — Foto ihsan Instagram/ZiziZizi Kirana tidak menyangka lagu berjudul ‘Boleh Jalan’ mendapat sambutan baik dalam masa singkat walau ada yang ‘panas hati’ mendengarnya. — Foto ihsan Instagram/ZiziKUALA LUMPUR, 12 Okt ― Penyanyi seksi Zizi Kirana bukan mahu menyindir sesiapa melalui lagu Boleh Jalan tetapi “siapa yang makan cili, dia rasa pedas”.

Katanya, ramai menyangka ia menyindir pihak yang mengecam pakaiannya yang seksi, sebaliknya lagu itu menyentuh “banyak perkara” termasuk gelagat “keyboard warrior”.

“Tapi tidak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Beliau juga tidak menyangka lagu itu mendapat sambutan baik dalam masa singkat walau ada yang “panas hati” mendengarnya.

“Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian," kata Zizi, yang pasrah jika lagu tersebut tidak dimainkan di radio.

Lagu ciptaan DJ Fuzz dan lirik nukilan Waris itu dimuat ke YouTube dua minggu lalu dan mendapat lebih 300,000 tontonan.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline