Wednesday February 14, 2018
5:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Dr Rajah Rasiah, ahli akademik Universiti Malaya, didakwa diminta menukar ucapan kepada bahasa Inggeris ketika ucapan profesor ulung. — Paparan skrin GoogleDr Rajah Rasiah, ahli akademik Universiti Malaya, didakwa diminta menukar ucapan kepada bahasa Inggeris ketika ucapan profesor ulung. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 14 Feb — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dipertikai apabila meminta pakar ekonomi menukar syarahan kepada bahasa Inggeris.

Beberapa sasterawan tidak senang profesor Dr Rajah Rasiah diminta menukar ucapan bahasa Melayunya ketika menerima anugerah, lapor Malaysiakini.

Kelmarin, ahli akademik Universiti Malaya itu dinobatkan profesor ulung negara 2017 dan menerima geran penyelidikan bernilai RM300,000.

Mengulas isu tersebut di media sosial, Sasterawan Negara Muhammad Salleh berkata “saya percaya ada agenda politik!”

“Sengal tidak baik-baik lagi penyakit KPT ini,” kata penulis skrip popular Siti Jasmina Ibrahim pula.

“Bahasa Melayu sudah menjadi bahan murah di dunia sekolah,” kata bekas editor sastera Fadli Al-Akiti di Facebook Raihani Mohd Saaid.

“Ramai ibu bapa kini menghantar anak mereka ke SJKC (sekolah jenis kebangsaan Cina) atau masuk DLP (program dwibahasa).”

Raihani, penyair dan kakitangan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), membangkitkan perkara itu di media sosial kelmarin.

Rajah, seorang pakar ekonomi yang menerima pelbagai anugerah kebangsaan dan luar negara, melahirkan lebih 30 doktor falsafah.

“Kalaulah ada mereka yang kecewa saya minta maaf kerana itu bukan pendirian saya,” katanya kepada portal itu apabila diminta mengulas isu tersebut.

“Saya tidak tahu siapa timbul isu itu. Saya tidak fikir isu itu. Saya memang berhajat sampaikan bahasa Melayu sebab saya dibesarkan di kampung.”

Beliau bagaimanapun tidak menganggap pertukaran bahasa sebagai isu besar.

“Bila sahaja ada peluang saya ingin membentang bahasa Melayu tetapi berdasarkan kedudukan di sana dan adanya mereka yang tidak faham bahasa Melayu, saya fikir ia keputusan bernas [berbahasa Inggeris],” katanya.

Iklan

Iklan

MMO Instagram