Wednesday February 14, 2018
6:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin menunjukkan babak lakonan Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar dan Azmil Mustapha (kiri) sebagai Ali Setan. — Foto ihsan Facebook/Shah ShahPaparan skrin menunjukkan babak lakonan Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar dan Azmil Mustapha (kiri) sebagai Ali Setan. — Foto ihsan Facebook/Shah ShahSHAH ALAM, 14 Feb — Selepas pemergian Azmil Mustapha, digelar Ali Setan, maka tiada lagi “Asmidar”, kata Ogy Ahmad Daud.

“Dia menggelarkan diri sebagai Ali, malah turut memanggil saya dengan Asmidar. Panggilan itu terus ‘lekat’ sampai hari ini.

“Lepas ini, tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali,” kata Fauziah Ahmad Daud, memegang watak gadis itu, lapor Sinar Harian.

Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

Bintang filem “Mekanik” itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun dan meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.Jenazah Azmil Mustapha disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. — Foto ihsan Facebook/Adam SallehJenazah Azmil Mustapha disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. — Foto ihsan Facebook/Adam Salleh

Menggigil mendengar berita kematian itu, Ogy mengiktiraf sahabat baiknya itu sebagai “abang” kerana menjaganya ketika filem “Ali Setan”.

“Saya juga tak pernah dengar dia bercakap buruk pasal orang, semuanya baik-baik sahaja,” kata aktres berusia 56 tahun itu.

“Dia seorang yang sangat selesa untuk berkawan dan berbual.”

Bersyukur pemergian Azmil dipermudah dan tenang, Ogy berkata Azmil, individu yang paling kuat menyokongnya terhadap “apa sahaja yang dilakukannya”.

“Ali Setan”, arahan Tan Sri Jins Shamsuddin pada 1985, menggandingkan Azmil dengan Ogy, yang membawa watak Asmidar, menjadi fenomena ketika itu dan filem tersebut masih diingati ramai.

Iklan

Iklan

MMO Instagram