Monday July 17, 2017
10:10 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Halim berkata apa yang dikecapi hari ini membuatkannya berasa bahagia walau tanpa wanita menemani di sisi. — Foto oleh Choo Choy MayHalim berkata apa yang dikecapi hari ini membuatkannya berasa bahagia walau tanpa wanita menemani di sisi. — Foto oleh Choo Choy MayPETALING JAYA, 17 Julai — Personaliti radio Halim Othman enggan berkongsi rahsia mengekalkan awet muda di saat usia mencecah 52 tahun.

Halim berkata apa yang diamalkan ialah melebihkan berjalan kaki dan sentiasa berfikiran positif dalam berdepan apa jua cabaran.

“Saya tidak boleh dedahkan rahsia sebenar tetapi satu daripadanya saya suka berjalan setiap hari.

“Seperti hari ini, saya sudah berjalan 7,000 langkah sehari. Saya juga berjalan dari rumah ke pejabat.   

“Fikir muda dan cuba berfikiran positif. Saya gembira berjalan,” katanya kepada ProjekMMO.

Bekas pengacara Roda Impian ini berkata di kala usia melepasi setengah abad, soal perkahwinan tidak lagi diajukan kepadanya.

Katanya, apa yang dikecapi hari ini membuatkannya berasa bahagia walau tanpa wanita menemani di sisi.

“Mereka pun sudah bosan dengan soalan begitu. Mereka menerima apa adanya saya.

“Saya rasa gembira dengan apa yang saya ada sekarang. Saya tidak merasa kekosongan.

“Orang kahwin kerana rasa kekosongan tetapi saya tidak berasa begitu,” katanya.

Mengulas mengenai segmen khasnya yang akan menemui peminat pada hujung minggu di radio Suria FM, Halim berkata ia sesuatu yang mengujakan.

Katanya, segmen inspirasi itu akan memberi sedikit kelainan berbanding program yang ke udara sekarang dengan menjemput ikon hebat negara.

“Kami berminat untuk mengenengahkan ikon pada hujung minggu seperti Datuk Michellle Yeoh, Tan Sri Tony Fernandez dan Datuk Siti Nurhaliza.

“Selalunya soalan berunsur jenaka tetapi kita mahu mereka memberi inspirasi kepada pendengar.

“Ia memerlukan kemahiran tertentu untuk membolehkan tokoh seperti Datuk M Nasir bersedia berkongsi sesuatu kepada pendengar.

“Kalau kita tanya secara biasa, jawapan mungkin biasa juga yang kita dapat,” katanya.

Halim berkata selepas mengacarakan 1000 episod Roda Impian, rancangan suka ramai itu seharusnya dikembalikan ke kaca televisyen.

“Saya rasa Roda Impian perlu dikembalikan. Ramai sangat yang tanya jadi saya rasa stesen TV perlu mengembalikan beberapa ‘game show’.

“Ramai yang saya jumpa mereka berkata membesar dengan program saya. Saya rasa tua sedikit bila mendengar luahan itu. Itu rancangan yang mendapat impak.

“Rancangan itu sebenarnya menyatukan keluarga. Teka silang kata itu boleh diselesaikan bersama-sama. Bukan Melayu pun menggemari rancangan itu.

“Peminat bukan Melayu lebih mengenali saya menerusi Roda Impian berbanding di radio,” katanya.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline