Friday January 12, 2018
8:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Presiden dan CEO Sony Corporation Kazuo Hirai memegang robot anjing Aibo ketika memperkenalkannya pada 8 Januari 2018. — Foto ReutersPresiden dan CEO Sony Corporation Kazuo Hirai memegang robot anjing Aibo ketika memperkenalkannya pada 8 Januari 2018. — Foto ReutersTOKYO, 12 Jan — Gergasi elektronik Jepun, Sony Corporation pada Khamis telah menghidupkan semula “aibo”, anjing robot peliharaan selepas 12 tahun, kali ini menampilkan ciri-ciri seperti fungsi kecerdasan buatan dan komunikasi, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Versi baharu itu mengikut jejak generasi pertama aibo, yang menembusi pasaran pada 1999 namun pengeluarannya dihentikan dalam tahun 2006.

Perlakuan generasi kedua aibo lebih menyerupai anjing sebenar. Ia membentuk watak yang unik ketika berinteraksi dengan pemiliknya.

Sempena pengeluaran produk terbaharu itu, Sony menjemput kira-kira 40 orang yang telah membuat pra-pesanan untuk mendapatkan aibo ke “upacara kelahirannya” di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo.

“Saya sudah lama menantikan saat-saat seperti hari ini,” kata seorang pembeli selepas menerima robot peliharaan itu.

“Saya mahu membiarkan aibo ini bermain dengan aibo daripada generasi pertama,” kata seorang lagi pembeli.

Sony mula menerima pra-pesanan secara dalam talian pada November tahun lepas.

Produk baharu itu tidak dijual di kedai runcit pada hari pelancaran kerana semua aibo yang ada telah habis terjual.

Sony bercadang menjual produk itu melalui Internet pada masa ini.

Robot itu berharga kira-kira 300,000 yen (US$2,697), termasuk yuran komunikasi selama lebih tiga tahun.

Generasi pertama aibo laris terjual sebanyak 150,000 unit.

Menjelang 2020, lima peratus isi rumah di Jepun dijangka memiliki seunit robot yang boleh berkomunikasi dengan manusia, menurut unjuran firma perunding perniagaan berasaskan robot yang berpangkalan di Tokyo iaitu Robot Start Inc. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline