Thursday December 7, 2017
3:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang remaja diserahkan kepada polis selepas diikat pada sebatang pokok kerana disyaki mahu mencuri bot fiber. ― Foto ihsan Facebook/Firdaus FiqSeorang remaja diserahkan kepada polis selepas diikat pada sebatang pokok kerana disyaki mahu mencuri bot fiber. ― Foto ihsan Facebook/Firdaus FiqTUMPAT 7 Dis ― Seorang remaja yang gagal mencuri sebuah bot gentian kaca di Kampung Jubakar Pantai di sini diikat pada sebatang pokok.

Lelaki 18 tahun itu ditangkap selepas disedari penduduk lalu memaklumkan kepada pemilik bot sekitar jam 2.30 petang semalam, lapor Utusan Online.

Selepas ditangkap dengan bantuan orang kampung, suspek kemudian diikat pada pokok sebelum diserah kepada polis.

“Suspek berusia 18 tahun direman selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Disember,” kata pemangku ketua polis Tumpat Supt Mohamed Zulmazi Che Daud.

Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Foto remaja itu yang tidak berbaju dengan tangan terikat di belakang tersebar di media sosial.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline