Tuesday November 14, 2017
10:08 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Golongan hafiz juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran lain kerana menghafal al-Quran sahaja tidak mencukupi, kata Adun Pengkalan Kundor. — Foto ReutersGolongan hafiz juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran lain kerana menghafal al-Quran sahaja tidak mencukupi, kata Adun Pengkalan Kundor. — Foto ReutersALOR STAR, 14 Nov — Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah hari ini mengharapkan agar jabatan agama Islam negeri menetapkan satu kokurikulum standard secara menyeluruh di semua pusat tahfiz di negeri ini dalam usaha melahirkan golongan tahfiz yang seimbang dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Datuk Phahrolrazi Zawawi (Amanah-Pengkalan Kundor) berkata golongan itu juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran lain kerana keupayaan menghafal al-Quran semata-mata tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah dalam kehidupan seharian.

“Tahfiz banyak tumbuh seperti cendawan. Ibu bapa minat hantar anak mereka pergi (pusat) tahfiz.

"Ada pemikiran kena dibetulkan dalam kalangan ibu bapa dan orang ramai (kerana) mengatakan hantar masuk tahfiz boleh bawa mereka (ibu bapa) masuk syurga sekali.

“Ini pejabat agama kena bagi panduan khusus. Hafal al-Quran sahaja tidak boleh selesaikan masalah. 

"Al-Quran ini merupakan satu rujukan dan panduan, jadi tajuk-tajuk lain juga kita kena mengaji,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Selain itu, Phahrolrazi juga mencadangkan semua sekolah pondok di negeri ini disertakan satu pengajian kemahiran hidup dalam usaha mewujudkan lebih ramai pelajar agama yang berilmu bukan sahaja dalam bidang agama malah berkemahiran dalam pelbagai bidang lain. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline