Monday July 17, 2017
11:14 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Syafiq Farhain menafikan hubungannya dengan penyanyi Saleem dingin lantaran beliau menggunakan hingga bapanya itu. — Foto ihsan Instagram/nursyafiqfarhainSyafiq Farhain menafikan hubungannya dengan penyanyi Saleem dingin lantaran beliau menggunakan hingga bapanya itu. — Foto ihsan Instagram/nursyafiqfarhainPETALING JAYA, 17 Julai — Hubungan Syafiq Farhain, anak kepada penyanyi Saleem dengan bapanya “baik-baik sahaja.”

Syafiq berharap pihak tertentu tidak mengeruhkan hubungan bapa-anak dengan menggambarkan hubungan mereka dingin, lapor mStar.

“Saya maafkan orang yang buat fitnah dan komen-komen negatif tentang saya dan keluarga kerana mereka tidak kenal kami. Tapi kalau nak kutuk atau hina biarlah saya sahaja, janganlah hina bapa saya,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan menggunakan nama bapanya sebagai “jalan singkat” untuk terkenal dalam bidang nyanyian.

“Saya ada jumpa ayah di hospital baru-baru ini dan dia beri nasihat agar fokus jika benar-benar ingin jadi penyanyi,” katanya.

Sebuah portal media sebelum ini memaparkan rakaman video mengenai hubungan dingin antara mereka kerana Saleem “terasa hati” dengan Syafiq yang dikatakan menggunakan namanya. 

“Saya akui pada awal dulu memang ramai kenali saya sebab anak Saleem tapi saya juga ada usaha untuk berdiri sendiri,” kata Syafiq.

Syafiq, nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim adalah anak dari perkahwinan pertama Saleem dengan Juwita sekitar 20 tahun lalu. Bapanya kini dirawat kerana ketumbuhan bawah perut.

Popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku, Syafiq belum bercadang berhenti sebagai anggota bomba untuk menjadi penyanyi sepenuh masa.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline