Thursday December 7, 2017
5:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelawak popular Abam bakal berkahwin dengan Siti Norhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. — Foto ihsan Instagram/Abam BoceyPelawak popular Abam bakal berkahwin dengan Siti Norhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. — Foto ihsan Instagram/Abam BoceyKUALA LUMPUR, 7 Dis — Dua pelawak terkenal, Abam (Bocey) dan Tauke (Jambu) bakal berkahwin dengan pasangan mereka pada 8 dan 9 Disember ini.

Abam, nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, dinikahkan esok dengan Siti Norhidayah Mohd Ali, 26, di Sabak Bernam, Selangor, selepas solat Asar.

Berkenalan sejak 2009, mereka akan bertunang pada hari pernikahan mereka, lapor Berita Harian.

Tauke, nama penuh Zamatul Amri Zakaria, 41, pula disatukan dengan Nadia Mohd Affandi, 28, di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada 10 pagi.

Terkenal melalui program Raja Lawak, Tauke bertunang dengan Nadia pada Disember 2015. 

Tauke pernah berkahwin tiga kali dan dikurniakan enam anak dari dua perkahwinan awal.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline