Thursday February 15, 2018
7:53 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kadar dividen 6.40 peratus seperti​​​​​​ diisytiharkan pada 10 Feb lepas adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP di dalam dan luar negara. — Foto oleh Yusof Mat IsaKadar dividen 6.40 peratus seperti​​​​​​ diisytiharkan pada 10 Feb lepas adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP di dalam dan luar negara. — Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 15 Feb — Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Konvensional 2017, iaitu 6.9 peratus, yang tertinggi sejak 1997, bukan ‘gula-gula pilihan raya’, sebaliknya menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh, kata ​​​​​​Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, kadar dividen tersebut serta kadar 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah seperti​​​​​​ diisytiharkan pada 10 Feb lepas adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP di dalam dan luar negara.

“Pada saya angka dividen untuk konvensional dan syariah ini adalah baik dan ia bukan gula-gula pilihan raya...ia tiada kena-mengena dengan pilihan raya.

“Apa yang berlaku kalau bagus (maka) baguslah, seperti pada 2016 ekonomi kita tumbuh pada kadar 4.2 peratus…apa (boleh) buat kalau ekonomi global juga begitu (lembap).

“Jadi, apa yang kita cerminkan ini (kadar dividen KWSP) adalah apa (pertumbuhan ekonomi) yang sebenarnya berlaku di negara kita," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Pada 10 Feb lepas, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion, dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

Dalam kenyataan itu KWSP berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak​​​​​​​RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus berbanding 2016.

Sementara itu, mengulas pengumuman mengenai ekonomi Malaysia yang berkembang 5.9 peratus pada 2017 (2016: 4.2 peratus) oleh Bank Negara Malaysia hari ini, Johari berkata angka pertumbuhan tersebut adalah​​​​​​ prestasi yang membanggakan, memandangkan dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu Malaysia masih menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik.

“Keempat-empat  suku tahun lalu menunjukkan angka yang baik dengan purata 4.9 peratus, dan kita jangka ekonomi negara akan berkembang dengan baik pada 2018, iaitu pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 dan 5.5 peratus.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi Malaysia, ia secara tidak langsung menunjukkan ​​​​​​​keberkesanan dasar kerajaan selama ini yang meletakkan asas ekonomi Malaysia dalam​​​​​​​ menerajui aktiviti berkaitan ekonomi.

“...walaupun dunia dalam keadaan tidak menentu, ekonomi kita masih berkembang (dengan baik),” katanya.

Terdahulu, Johari menyambut kepulangan Juara Asia bagi kategori ujian masa​​​​​​​ Individu ​​​​​​​Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018, Dr Norhasmat Abdul Aziz, di pejabatnya di sini.

Dr Norhasmat, merupakan Ketua Penolong Setiausaha (Dasar dan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan) Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan, menjuarai kategori tersebut dalam kejohanan yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 9 Feb lepas. — Bernama

Iklan

Iklan

MMO Instagram