Monday July 17, 2017
11:52 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pasangan suami isteri (duduk) ditahan penduduk kampung selepas mencuri RM98 dari tabung masjid. — Foto ihsan Facebook/Tular SanasiniPasangan suami isteri (duduk) ditahan penduduk kampung selepas mencuri RM98 dari tabung masjid. — Foto ihsan Facebook/Tular SanasiniALOR GAJAH, 17 Julai — Pasangan suami isteri ditahan penduduk kampung selepas mencuri wang tabung Masjid Nurjannah, Masjid Tanah.

Pintu kaca pintu kaca masjid itu pecah apabila lelaki itu cuba meloloskan diri selepas bergelut dengan  penduduk kampung, lapor Harian Metro.

“Lelaki itu cuba meloloskan diri sebelum merempuh pintu kaca masjid hingga cermin pecah berderai sebelum cuba merampas motosikal orang awam yang lalu di hadapan masjid,” kata seorang saksi, Don, 49.

Sumber pula berkata suspek dan isterinya dikatakan mengalih kamera litar tertutup masjid dan membawa alat pemotong besi sebelum gelagat mereka disedari penduduk kampung.

Pasangan itu didakwa pernah melakukan perbuatan sama.

Ketua jabatan siasatan jenayah Melaka berkata suspek memotong mangga kunci tabung dan melarikan wang RM98 dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

ACP Kamaluddin Kassim berkata suspek, 27 dan isterinya, 31 ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline