Wednesday February 14, 2018
3:01 PM GMT+8

TERKINI:
February 14, 2018
04:36 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Terkenal melalui filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha banyak menghabiskan masa berceramah dan projek amal. — Foto oleh Yusof Mat Isa Terkenal melalui filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha banyak menghabiskan masa berceramah dan projek amal. — Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 14 Feb — Pelakon popular era 1980-an Azmil Mustapha, yang dikenali dengan watak dalam filem Ali Setan, meninggal dunia.

Pelakon filem Mekanik itu meninggal dunia kibat akibat sakit jantung di rumah keluarganya di Shah Alam tengah hari tadi, lapor Berita Harian.

Meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak, penceramah bebas itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.

Berita itu disampaikan anak lelakinya Mohd Bazli kepada portal tersebut.

"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami," katanya.

Utusan Online pula melaporkan Azmil meninggal dunia ketika dalam tidur. Jenazah bakal disemadi di perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Adiknya Aziph Mustapha berkata abangnya akan dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Kali terakhir Azmil muncul di layar perak menerusi filem Puteri Gunung Ledang selepas dipujuk penerbit Tiara Jacquelina kira-kira 14 tahun dulu.

Azmil mencipta nama melalui filem Mekanik (1983) arahan Othman Hafsham. Kemudian bintang semakin bersinar dalam filem Ali Setan.

Filem itu diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin pada 1985 dengan sesi penggambaran diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Digandingkan dengan pelakon Fauziah Ahmad Daud, atau Ogy, selaku Asmidar, yang sering diusik Azmil, sebagai mahasiswa nakal. 

Selain itu, beliau turut membintangi filem Ali Setan 2 (1986), Suara Kekasih (1986) dan Kepala Angin (1987).

Azmil bersara pada 1998 dan mula bergiat aktif berdakwah sejak 2000.

Iklan

Iklan

MMO Instagram