Malay Mail Online

ProjekMMO

Dikaitkan video seks, Lee Chong Wei lapor polis

Datuk Lee Chong Wei membuat laporan polis berikutan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 13 Feb — Pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini membuat laporan polis berikutan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Walau lali menjadi mangsa tuduhan, beliau yang selalunya ketawa apabila ditanya hal tersebut, menganggap perbuatan itu keterlaluan kali ini, lapor Berita Harian.

“Ini tidak masuk akal, kamu sendiri boleh lihat video itu dan sekali pandang kamu boleh tahu itu bukan saya” katanya.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai taktik kotor untuk menggagalkannya menjelang tayangan filem biografi dirinya Menjulang Kejuaraan bulan depan.

Seramai 20,000 dijangka menonton filem itu, tayangan terbesar di Asia, dan bakal dicatat dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.

“Pasti akan ada orang yang tidak suka dengan kejayaan yang kamu kecapi dan ini adalah salah satu cara mereka mahu menjatuhkan kamu,” katanya, membuat laporan di Bukit Aman.”